//
you're reading...
Uncategorized

Ilmu Itu Amanah

Ilmu Itu Amanah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang.
Syarah Ustaz Abdul Razak, Al-Amin, Sg Pusu, 26 April 2010

Artikel ini adalah tazkirah Ust Abdul Razak (Penterjemah merangkap Pengiring bagi rombongan Ulama’ dari Al-Azhar) yg disampaikan di Al-Amin, Sg Pusu pada 26 April 2010, Isnin, jam 7.50 pagi yang lalu, saya paparkan tazkirah ini disini khusus untuk tatapan anda semua. Semoga ia

bermanfaat buat kita.

*Tazkirah asal adalah dalam Bahasa Arab pada permulaan, kemudian diakhiri dalam Bahasa
Melayu, tetapi dalam artikel ini telah saya terjemahkan isi-isinya. Maaf jika ada yang terkurang,
saya hanya sempat mengingat sebahagian daripadanya. Sungguh bermakna kata-kata Ustaz pada
pagi tersebut sehingga memberi kesan buat diriku.

———————————————————————————————-
(Tazkirah asal dalam Bahasa Arab)
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, Keluarganya, Para Sahabat serta sekalian Pewarisnya.
Salam ke atas sekalian guruku serta seluruh yang mengajarku. Assalamualaikum wbt.

….Setiap hari kita bangun tidur, kita ucapkan doa bangun tidur. Adakah doa tersebut dibaca
dalam bahasa melayu? Adakah doa bangun tidur itu dibaca bahasa melayu atau bahasa arab?
Sudah pasti bahasa arab!

Setiap hari kita makan. Setiap kali kita hendak makan kita akan ucap doa makan, paling kurang
membaca Bismillah… Adakah doa makan tersebut disebut dalam bahasa melayu? Adakah doa
makan itu bahasa melayu atau doa makan itu adalah dalam bahasa arab?

Setiap hari kita tidur. Sebelum kita tidur, kita baca doa tidur. Adakah doa tidur itu adalah dalam
bahasa melayu? Adakah doa tidur itu bahasa melayu atau bahasa arab?

Setiap hari anda solat 5 waktu sehari semalam. Anda baca Surah Al-Fatihah, adakah surah Al-
Fatihah itu bahasa melayu? Adakah anda baca dalam bahasa melayu ketika solat? Tidak!
Semuanya dalam bahasa Arab!!

Bagaimana anda solat jika tidak memahami dan mengetahui maksud yang anda ucapkan tetapi
dalam masa sama anda mengharapkan Khusyu’ bagi solat anda?
Cintailah Bahasa Arab kerana bahasa ini adalah bahasa Al-Qur’an, bahasa yang disukai Allah,
bahasa Surga Allah!
Untuk mencapai ma’rifat, faham, khusyu’ dalam solat itu, maka ma’rifah dan fahamlah
Bahasa Arab dengan Toriqah (jalan) yang betul. Ada bermacam jalan untuk mencapainya,
carilah dan jangan membenci Bahasa Arab.

Sukailah dan cintailah seperti mana anda mencintai dan menyukai sesuatu harta berharga milik anda. Bahasa Arab ini adalah bahasa yang cantik dan indah! Bahasa Arab adalah bahasa paling indah diDunia! Ma’rifah dalam Bahasa Arab, maka akan terbukalah pintu-pintu bagi

cabang-cabang ilmu Allah!
(Tazkirah dalam Bahasa Melayu)

Wahai anak murid ku, serta guru-guru yang lain. Pada pagi yang Mulia ini, suka saya sebutkan
beberapa hikmah-hikmah yang telah saya dapat dan saya kumpul dari kata-kata para guru saya
sebelum ini.

Sukanya saya berada dalam suasana Al-Amin ini, saya sudi berkongsi hikmah-hikmah ini.
Dengarlah dan amalkan. Sesungguhnya ia amat berguna!
Hikmah pertama yang saya kongsikan ialah, ‘Jangan memandang rendah akan satu amalan
ma’ruf yang kecil sekecil-kecilnya itu seperti senyum. Allah swt menyembunyikan ke-
Redha’an-Nya dalam satu amalan ma’ruf yang kecil itu.’
Hikmah ke dua, ‘Jangan memandang rendah dengan sesuatu kemaksiatan yang kecil.
Kerana Allah swt murka dalam kemaksiatan kecil itu.’
Hikmah ke tiga, ‘Jangan memandang rendah dengan seseorang. Allah menyembunyikan
WaliAllah dalam orang-orang biasa.’ Mana la tahu, seseorang itu adalah WaliAllah yang

boleh menolak bala, kita ganggu dia, kalau orang tersebut kecil hati, susah hati, macam mana?
Sudah tentu Allah juga akan murka. Maka bala dari Allah akan turun ke atas orang tersebut,
maka bala dari Allah swt akan turun menimpa kaum atau tempat tersebut.

Dalam Hadis Qudsi, Allah swt telah berfirman; “Barang siapa yang menyusahkan orang yang

Aku cintai, maka Aku isytiharkan PERANG ke atas orang itu!”
Amalan-amalan kecil yang selalu kita pandang rendah.
Banyak amalan-amalan kecil yang selalu kita pandang rendah. Amalan kecil itu adalah

memanggil seseorang itu dengan gelaran yang orang itu tidak suka.

Ibnu Hajar Haitami meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda; “Az-Zalim itu bagi orang yang
menggelarkan seseorang itu dengan gelaran yang tidak disukainya.” (Az-Zawajir, Zakarahu Ibnu
Hajar Haitami)

Jangan kamu memandang rendah dengan seseorang. Jangan kamu menyindir seseorang.
Jangan sesekali tidak menjawab salam. Sebarkanlah salam. Kerana salam itu adalah penyebar
kasih sayang!
Rasulullah saw bersabda; “Jika kamu hendak menyebarkan kasih sayang, maka sebarkanlah
salam.” (Az-Zawajir, m/s 125, Zakarahu Ibnu Hajar Haitami)

Para ulama’ telah menyatakan, tak jawab salam sudah berdosa! Kerana kita menunjukkan seperti
rasa benci kita kepada orang tersebut (orang yang memberi salam itu). Jawablah salam itu
dengan kuat dan nyata sama seperti orang itu memberi salam kepada kita. Orang beri salam
kepada kita dengan jelas, kita juga perlu jawab dengan jelas. Jangan jawab dalam hati, ‘oh, saya
dah jawab dah, dalam hati je’. Tak boleh macam tu! Kita kena menunjukkan rasa kasih sayang
kita kepada orang lain!

Seterusnya, amalan kecil yang selalu di pandang rendah adalah dalam menegur orang. Kalau ada
orang tegur orang lain tapi dengan cara kasar.Dia sama seperti orang yang mendirikan masjid
tetapi dalam masa sama telah merobohkan Ka’bah! Walau kasar mana sekalipun orang itu,
tegurlah dulu dengan cara lembut. Kata-kata ini saya petik dari Fiqhul Awliya’, Syeikh Yusuf Al-
Qardhawy.

Dalam Hadis Mutawattir no 487 karya Imam Malik ada diseut, Rasulullah saw bersabda;
“Barang siapa yang menyebut ‘SubhanaAllah Wa Bihamdih’ sebanyak 1000 kali setiap hari, akan
dihapuskan dosanya walaupun dosanya adalah seperti buih di lautan.”

Maka ucaplah ‘SubhanaAllah Wa Bihamdih’ 1000 kali setiap hari. Bukan susah pun, sambil jalan
sebut, boleh sambung lepas kita makan, lepas solat pun boleh sambung. Perkara kecil yang selalu
dipandang berat oleh orang.

Seterusnya sebelum saya tutup tazkirah saya, sudi saya kongsikan sekali lagi kata-kata hikmah
dari beberapa orang guru saya terdahulu.
Pertama, ‘Jadilah (seperti) Matahari dalam memberi ilmu dan kebaikan. Tak kira orang
itu baik atau jahat, tapi kita bagi juga.’
Kedua, ‘Jadilah seperti malam yang gelap dalam menutup keaiban orang dalam gelap. Tak
kira orang itu baik atau jahat, tapi kita tutup juga aibnya. Barangsiapa menutup aib
saudaranya, maka akan Allah tutup aibnya di dunia mahupun di Padang Mahsyar kelak.’
Ketiga, ‘Jadilah seperti laut dalam memberi kebaikan dan kemurahan. Tak kira orang itu
baik atau jahat, berikanlah dan sebarkanlah kebaikan dan kemurahan. Bukan setakat pada
manusia, tetapi sebarkan juga kepada makhluk ciptaan Allah yang lain.’
Keempat, ‘Jadilah seperti Bumi dalam Ketaqwaan. Walaupun bumi ini dipijak oleh juta-
juta manusia setiap hari, tetapi ia masih sudi merelakan dirinya dipijak. Jadilah seperti
bumi dalam hal-hal Ketaqwaan.’
Kelima,’Cakaplah wahai anak Adam! Dalam membuat maksiat itu ada perkara pelik!’

Ucaplah Allahu Akbar dalam keadaan sulit. Sesungguhnya perkataan itu menghalau Syaitan.
Bila kita ucap Allahu Akbar maka kita telah menghalau Syaitan. Jika kita tak nak halau Syaitan,
maka janganlah sebut Allahu Akbar.

Sebab itu bila ada manusia baru yang lahir ke muka bumi, pertama sekali yang disyariatkan
adalah Azan ditelinga kanan dan Iqamat ditelinga kiri. Ia menjaga kita dari gangguan minda
yang tak diingini.

Terakhir, hari ini ramai orang belajar tinggi-tinggi. Pergi luar negara. Belajar sana belajar sini.
Belajar sudah besar, tapi masih lagi duduk dalam keadaan silap! Jadi keluarlah dari keadaan
silap itu. Jalannya sudah tersedia, tinggal untuk mencari.
InsyaAllah apa yang anda dengar hari ini dapat memberi manfaat kepada diri kita dan seluruh
ummat. Sampaikanlah.
SubhanaAllahi Wa Bihamdih…
———————————————————————————————-

*Tambahan:
“Belajar sudah besar, tapi masih lagi duduk dalam keadaan silap!” Hari ini perkara ini banyak
berlaku dimerata tempat. Perkara ini yang paling dibimbangi. Ilmu Itu Adalah AMANAH! Ilmu
yang baik adalah yang tersemat didada. Bukan gunakan Minda dan Akal yang lemah!

Kata seorang guru saya,”Kebijaksanaan ada yang datang dengan usaha ada yang datang
dari Allah swt. Tanpa banyak membaca, anda tidak boleh digelar ‘Alim!” (Ustaz Ayub)

Hari ini ramai orang pergi belajar tinggi-tinggi, belajar jauh ke luar negara, dapat PhD, dapat
Ijazah dan segala macam lagi. Tapi tak banyak membaca, hanya gunakan akal fikiran untuk
berjaya, hanya baca teks yang diberi seseorang guru itu tanpa merujuk guru-guru lain yang juga
Faqih. Tanpa membaca rujukan-rujukan orang lain. Orang seperti ini tidak boleh dikira sebagai
‘Alim walaupun ia bijak.

Maka, belajarlah, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Gunakanlah hati dalam membahaskan
hal-hal Agama, guna Akal maka Akal lah yang akan menguasai anda. Kata Cg Azhar Ali,
“Berjalanlah kita di atas dunia ini sepertinya dunia ini dipenuhi duri.”
ILMU ITU AMANAH!
Wallahua’lam,

About cahayarasul

ingin beriman dan taqwa

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: