//
you're reading...
Uncategorized

Malu: Perhiasan Yang Semakin Terhakis

Malu-malu anak Nabi Syuaib a.s ketika berjalan kembali menemui Nabi Musa a.s. bukan untuk lebih lanjut berkenalan, tetapi kerana menyampaikan jemputan dari ayahnya kepada pemuda gagah lagi beriman tersebut.

Telah terakam kisah tersebut di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata: Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk member balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) member minum (ternak) kami”. Ketika Musa mendatangi ayahnya (syu’aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syuaib) berkata, “Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim”.~ Surah al-Qasas: ayat 25

Teruja dengan sifat ‘malu-malu’ anak perempuan nabi Syuaib a.s. Yang ‘malu-malu’ inilah mahal, tetapi yang mahal inilah semakin kurang benihnya dalam diri wanita muslimah. Malu itu memang perlu bertempat kerana itu letaknya maksud adil, Allah meletakkan sifat malu wanita itu sebenarnya untuk menjaga dirinya, maruahnya dan jasadnya dari direnggut mata dan nafsu liar manusia.

Daripada ayat di atas ada pengajaran yang kita boleh pelajari untuk bekal perhubungan wanita semasa bekerja dengan yang berlainan jantina iaitu ‘kata-kata yang ringkas dan jelas’

Ringkas dan Jelas

Lihatlah anak perempuan Nabi Syuaib apabila menjemput Nabi Musa as, dia datang dengan perhiasan sifat malu sambil menyampaikan jemputan ayahnya dengan ucapan yang ringkas, jelas dan mudah difahami.

“Dia berkata:Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) memberi minum (ternak) kami”. ~al-Qasas:25

Tidak pula dia meleret-leret sambil berkata: “Terima kasih ye tolong kami tadi. Awak ni memang baik hati dan gagah. Awak tinggal kat mana ye.Emm, sebenarnya ayah saya jemput awak datang ke rumah, entahlah kenapa..bla bla bla..”.

Dan melihat pula peribadi Nabi Musa pula, dia tidaklah mengambil kesempatan tersebut untuk berdua-duaan serta berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Terus berjalan menuju ke rumah nabi Syuaib as untuk memenuhi jemputan.

Itulah adab muslimin dan muslimah yang sepatutnya apabila perlu bermuamalah. Mungkin perbuatan di atas tanpa disedari pernah dilakukan oleh kita. Meleret-leret bermula dari pertolongan kepada tujuan untuk berkenal-kenalan, bergurau- senda, lalu terbuka jalan untuk bertemu sambil bertukar-tukar cerita.

Wanita Muslimah apabila berjalan

Dari sudut lain, ayat di atas juga terkandung gambaran sifat malu wanita yang perlu diikuti oleh wanita muslimah bagi menjaga akhlaknya, memelihara dirinya dan melindungi maruahnya iaitu ‘malu ketika berjalan’.

Ahli tafsir menjelaskan tentang keadaan anak perempuan nabi Syuaib as berjalan dengan malu-malu adalah ketika menjemput nabi Musa dan ketika pulang bersama menuju ke rumah Nabi Syuaib.

Imam Alusi ketika menafsirkan ayat (عَلَى اسْتِحْيَاء) berkata: “Anak perempuan Nabi Syuaib a.s berjalan sambil malu-malu ketika berjalan menemui(Nabi Musa a.s) dan ketika pulang..”~(Ruhul ma’ani, 10/273)

Sayyid Qutb pula menambah: “Wanita yang suci, baik, mempunyai maruah apabila dia berjalan dan bertemu dengan golongan lelaki, dia berjalan ((dengan malu-malu)) tanpa dibuat-buat, tanpa berhias berlebih-lebihan dan tidak menggoda..”~ (Fi zilal al-Quran, 5/2686).

Ringkasnya wanita mukminah apabila berjalan merentasi kaum lelakihendaklah dia berjalan dengan:
1- Hiasi dengan sifat malu
2- Tidak bertabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan
3- Menutup aurat
4- Tidak dibuat-buat
5- Cara jalan yang tidak menggoda

Malu dan Wanita kini

Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan sekarang, amat menyedihkan sekali apabila kaum wanita secara tidak sedar telah dipergunakan sebagai sumber keuntungan melariskan barangan dan produk kecantikan. Sabun, syampu, model kosmetik malah model untuk kereta pun wanita yang menjadi pelarisnya.

Allah .. bagaimanakah lagi sifat malu yang menjadi fitrah wanita itu boleh menutup dan menjaga diri serta maruah wanita dari direnggut manusia yang berkepentingan dunia.

Kecantikan itu anugerah, dan Allah menciptakannya dengan sifatnya yang Maha Adil. Dia meletakkan kecantikan dan perhiasan wanita itu pada permulaannya hanya untuk ditatap oleh yang hak sahaja. Tetapi apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya, maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri.

Bila berjalan di pinggiran jalan, memerah muka menahan malu melihat ada gadis-gadi s malah yang sudah menjadi ibu berpakaian dengan pakaian yang ‘tidak cukup meter’.

Teringat Prof Dr Muhaya berkata: kita melihat kesalahan orang supaya kita tak jadi seperti mereka. Jangan pula sibuk mencari kesilapan orang dan dipanjang-panjangkan cerita itu sehingga lupa hendak cari silap sendiri..

Justeru bukanlah tujuan menceritakan ‘sakit-sakit mata’ dan ‘merah-merah muka menahan malu’ ketika berjalan dipinggir jalan dan di dalam LRT melihatkan wanita yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dengan megah. Namun sebenarnya di sebalik tulisan ini mengharap dan mengingatkan kembali diri kita yang terlupa akibat keindahan dunia dan pujian manusia ini agar sentiasa ingat bahawa diri kita secara fitrahnya dikurniakan sifat malu oleh Allah SWT. Tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita, tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.

Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga, tidak senang ditatap mesra.

Wanita, perhiasannya malu. Andai hilang malu takutlah wahai muslimah. Petanda awal bahawa akhlakmu akan diganggu gugat syaitan dan nafsu.

Mudah-mudah dipelihara Allah swt selalu.

Ingatan buat diri sendiri sebenanrnya dan sekembalinya.
Allahu a’lam

Rujukan: kitab Inayah al-Quran wa as-sunnah bi masya’ir al mar’ah

About cahayarasul

ingin beriman dan taqwa

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: