//
Kepentingan Ilmu Dan amal

Assalamualaikum warahmatullah Di dalam kitab minhajul a’bidin karangan imam al ghazali dinyatakan dengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu. Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal.Ilmu dan amal diibaratkan sebagai 2 permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata amal. Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia sia, tidak akan diterima kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah nabi s.a.w.Ilmu merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat.Orang yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya,kekadang ualar pun di sangka kayu api.amatlah bahaya kehidupan tanpa ilmu. Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita tentang pentingnya ilmu.Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.Ini kerana,Firman Allah Taala yang bermaksud ” “hanyasanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan ulama'(org alim)” Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok,maka amal diibaratkan sebagai buah.daripada ilmu terbit amal.Bak kata pepatah arab,ilmu tanpa amal,umpama pokok yang tidak berbuah. Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai oleh Allah Taala,jawab baginda “amal yang sedikit tetapi berterusan” Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan dan amalan.Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud “Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan”. Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidak memudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu. wassalam.

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: